Cara post barang di JNT dan kenapa perlu guna JNT
HI SEMORANG ! OMG OMG OMG lama gila tau tak update blog dek kerana kesibukan yang melanda. Oh wow. Orang lain time quarantine habis gila la bosan. Sis disini sangat busy okay! Biasala kan introvert memang ceni. We gais kalau quarantine setahun pun tak kesah kut! HAHA.
Okay while we on the way (?) cakap pasal quarantine and covid ni, I perasan sekarang ramai yang dah start buat dropship untuk cari duit lebih kan? Haaaaaa. Yang baru start jadi agent tu pun ramai. So, I nak tanya la kan, mesti ada dropship ni semua, yang baru nak jadi agent tu, ada yang tak reti post barang kan? It's okay baby , I've been there before :)
So, CARA CARA POST BARANG DI JNT.
FIRST STEP, korang bawak je barang tu pergi JNT. Pergi je kat kaunter tu cakap kat dia, nak pos barang ni sekian sekian. Ok, ada yang tanya, tak perlu wrap dengan bubble dulu ke? The answer is, NO. Tak payah kalau you ada satu barang je nak post. Sebab apa, sebab JNT dah ada wrap tu. I mean diorang yang tolong balutkan item yang you nak post tu. So dont worry ok!
TAPI, kalau barang you banyak gila nak mati or like 5 items ke atas ke, I rasa you better wrap those items untuk mempercepatkan proses dan menjimatkan masa you gais! Ingat, TIME IS GOLD! So wrap je siap siap kat rumah. Bila pergi JNT boleh terus bagi details kat akak or abang yang berkhidmat kat situ ok!
Kelebihan wrap barang kat rumah siap siap
1- Proses lagi cepat.
2- Boleh wrap setebal yang mungkin so that lebih secure, barang you tak pecah. Barulah customer puas hati :)
Keburukan/ kekurangan :
1- Kena beli wrap sendiri.
2- Kena keluarkan duit pulak untuk beli wrap/ salotep
HAHA KEDEKUT KAN!
okay panjang pulak. so,
SECOND STEP , Lepas dah wrap tu dia akan mintak details you dulu. Nama, alamat, no phone. Tu benda biasa la kan. Lepas you bagi details you, then dia akan mintak details penerima pulak. And then, dia akan timbang berat barang you pastu barulah dia bagitau berapa ringgit yang you kena bayar untuk postage.
siap! and then dia akan bagi satu kertas. situ ada details pasal si penerima dan no tracking sekali 😊. senang je kan !
Okay second topic. kenapa perlu guna JNT ?
1- JNT sangat sangat sangat la laju okay buat kerja. Kalau courier lain slow sikit la. dalam 4-5 hari jugak sampai. lagi lagi kalau ada sale. barang berlambak, sumpah la lama nak sampai kat tuan badan punya barang.
2- kenapa JNT laju? sebab even weekend pun dorang bekerja tau. sebab dorang ada pekerja part time. so tak payah tunggu lepas cuti baru nak post apa la kan. I stay pantai timur. Pantai Timur cuti hari jumaat. Weekend. Tapi barang I selalu sampai hari Jumaat! haha. kalau guna courier lain hmm lambatnya lahai nak tunggu habis weekend!
Kalau tak silap la, JNT murah sikit daripada courier yang lain. Tak sure jugak pasal ni. Murah sikit la untuk barang yang kecik kecik yang tak berat sangat tu haha. Yang berat mahal kaw. Haritu I post food steamer, tak sure berapa kg, RM45 gais. Mahal teroxx kan tapi logic je sebab berat gila la steamer tu haha. Tapi I rasa memang murah la kut. Maybe kalau guna courier lain harga dia RM60 ke? Hehe (backup jnt 😂)
Okay tu je! hihi so guna la jnt okay! biar banyak gitu dorang kena hantar barang! hahaha part-timer dapat duit tau! so bagus kan. lagi banyak barang lagi banyak dorang dapat duit. Let's help them by using their service (:
That's all for today! ASSALAMUALAIKUM!
Comments
Post a Comment