Review Some By Mi : Snail Truecica
Hi and Assalamualaikum. So today I nak review pasal dua product dari Some By Mi. Siapa tak pernah dengar pasal Some By Mi ni tak tahu lah korang ni duduk kat mana. hahahhaa Cerita sikit pasal brand ni, brand ni adalah brand dari Korea. Dah banyak product diorang ni. Dulu Malaysia famous dengan Toner 30days miracle tak silap nama dia ( nanti check balik ) pastu dia keluarkan product yang berasaskan snail truecica pulak. Seterusnya Yuja Niacin. Diorang ada Moisturizer, Cream, Sleeping Mask, Cleanser, Toner. and even lipbalm pun dorang ada. Untuk maklumat lanjut, rujuk la website ni m.somebymi.com tapi tu la, semua bahasa korea hahhaahahaa siapa yang faham boleh la melawat.
So ni la dua product tu. Maafla background pepel sangat hahahhaha |
So first product.
Name : SNAIL TRUECICA MIRACLE REPAIR SERUM (50ml)
PRICE : RM46.50
ni I beli kat Shoppee tau. yang ni paling murah setakat ni. dan ori.
SHOPEE'S NAME : beautybabe.com
seller dari selangor so dont worry cepat sampai hehehehe.
review pun cakap fast delivery
How To Use
Selepas pakai toner, apply serum ni dekat muka and just let it absorb ^^
Tip Dari Shopper
Apply multiple layers of moisture serum based on your skin type
Skin Concerns
-Firming
-Repairing
Skin Types
- All skin types
Recommend
- My skin turned dry and rough from irritation
- I think my skin pores are getting wider
- Skin became more sensitive due to external irritants and stress
- I have oily skin outside but dry skin inside
- I am looking for a matte fresh serum that is non-sticky
What It Claims
Snail Truecica Serum which contains nature-oriented ingredients, makes it feel more comfortable on sensitive skin. Contains as much as 980,000ppm of Snail Truecica in one bottle
- Natural protein ( Helps skin repair)
- Collagen ( Helps the pore tightening )
- Elastin ( Helps improve skin resilience
- Allantoin ( Helps with skin-soothing, skin barrier care )
- Glycolic acid ( Helps control excess oil)
My opinion
Packaging
- Packaging dia elok. Botol warna merah dan benda picit dia tu warna hitam. Penutup dia pulak transparent. Memang good combination of color.
I suka dia dalam bentuk bottle macam ni sebab senang. Practical. Picit je. Boleh agak nak letak banyak mana.
Cuba bayangkan ia bukan bottle yang picit, kena tuang. ah tak suka. nanti keluar banyak hahahhaa. satu lagi sebab takyah seluk (?) tangan dalam bottle. bukan kah bacteria boleh membiak dengan melakukan sedemikian? ha jadi aku suka packaging dia sebab cun menjaga hygienity.
Texture
Serum ni texture dia macam watery macam tu dan sangat la light! dia langsung tak creamy pastu tak melekit macam product lain. best pakai sebab senang nak absord. sebelum beli ingatkan dia macam lendir siput tu hahhaa but shockingly it's not.
My experience
I beli ni sebab nak hilangkan parut jerawat. But sadly i rasa dah nak habis sebotol tapi macam takde kesan sangat. Maybe tak works on me kut. Sebab i baca review ramai cakap best. TAPI, silap i jugak sebab masa i baca review, dia cakap untuk hilangkan 'bopeng' hahhha i dont know what is that. Mungkin parut berlubang kut sebab tengok review dekat youtube parut dia berlubang. So i think serum ni lagi sesuai dengan orang yang nak hilangkan parut berlubang. Sebab dia claims serum ni untuk skin repair. I takde parut berlubang. So takleh nak cerita. I just ada acne scars biasa. Kawan i cakap memang tak jadi. tak tahu lah tu. sebab i baca jugak review orang lain cakap jadi. hahahha
Yang bagusnya serum ni i rasa dia sangat la soothing. Redness i rasa berkurang skit lepas pakai serum ni. sebab kan masa pakai tu dia rasa sejuk je. best je. Kalau you gais nak experience yang lagi best, try letak dalam peti. In case ada yang tak tahu, letak dalam fridge, boleh make pores less visible. so cuba try.
Repurchase
Nope since it doesnt work on me.
Comments
Post a Comment