CARA MENGEKALKAN GIGI PUTIH DAN BERSERI

EEEE STRESSNYA GIGI ADA STAIN! TAPI SUKA MINUM COFFEE! DAN KENA MINUM COFFEEE!! NAK KENA STAY UPPPP!

Ha siapa ada masalah macam ni? Tahu tak punca gigi jadi kuning?
Perubahan warna pada gigi terjadi kerana banyak perkara termasuklah perkara berkaitan oral hygiene, bahan bahan ubatan yang diambil, dan juga makanan dan minuman seperti caffein dan juga coklat. 




Pakar pergigian telah mengenal pasti punca tiga kategori perubahan warna gigi:

Extrinsic teeth stain: Perubahan warna gigi ekstrinsik adalah perubahan pada permukaan gigi. Ia berlaku ketika partikel kotoran, seperti sisa pigmen dari makanan atau minuman, terbentuk dalam lapisan protein yang menutupi enamel gigi. Kotoran gigi ekstrinsik biasanya disebabkan oleh penggunaan tembakau atau dengan kerap minum kopi dan teh, minuman anggur atau cola. Perubahan warna gigi jenis ini bertindak balas dengan baik terhadap pembersihan gigi secara berkala dan menggosok gigi dengan ubat gigi yang memutihkan.

Intrinsic teeth stain: Perubahan warna gigi intrinsik berwarna di bawah permukaan gigi. Ia berlaku ketika partikel penyebab perubahan warna berfungsi melalui bahagian luar gigi dan terkumpul di dalam enamel gigi. Penggunaan fluorida yang berlebihan dan juga berkaitan dengan intrinsik, terutama pada kanak-kanak. Noda gigi intrinsik lebih sukar untuk dihilangkan, tetapi boleh dilakukan. Perubahan warna gigi intrinsik mungkin memerlukan pemutihan menggunakan produk pemutihan gigi kimia profesional atau di rumah, seperti Whitestrips.

Age-related teeth stain: Perubahan warna gigi yang berkaitan dengan usia menggabungkan hasil perubahan warna gigi intrinsik dan ekstrinsik. Kerana tisu inti gigi anda, dentin, secara semula jadi berkerja dari masa ke masa, gigi berubah dengan usia. Seiring bertambahnya usia, enamel yang menutupi gigi menjadi semakin nipis, sehingga dentin dapat menembus. Penyebab perubahan warna intrinsik ini digabungkan dengan penyebab ekstrinsik seperti kesan makanan, minuman, dan tembakau tertentu, akan menyebabkan gigi kebanyakan orang dewasa berubah warna seiring bertambahnya usia

Ha untuk yang gigi kuning tu, secara commonnya adalah extrinsic stain tu la. Tak kira umur atau jantina. Jadi, SECARA RINGKASNYA, permukaan enamel gigi kita ni ada microscopic irregularities. Tannin pada makanan dan kopi boleh melekat dicelah celah permukaan ini dan menyebabkan "extrinsic stain"

Jadi, buat peminat coffee dan makanan dan minuman tertentu, meh baca tips cara cara mengekalkan gigi putih berseri. Tips ini diambil oleh Dr. Ib Shah yang ditulis di laman Twitter beliau. 

Cara terbaik untuk elakkan stain berlaku ;

1- BERUS GIGI
- Tannin ni berkumpul dan melekat pada permukaan gigi jadi gosok gigi dua kali sehari selama 2 minit ada cara terbaik untuk menyingkirkan kesan kotoran ini. Siapa pernah pakai ubat gigi optic white colgate tu? Ha kalau tak silap saya, dekat situ intructions dia dah tertulis gosok gigi selama 2 minit untuk dapatkan kesan yang optimum. Tapi ada sesetengah orang, cukup gosok gigi mungkin tak sampai seminit pun! Pastu dah siap! Sebab pagi pagi bangun lambat, takut tak sempat sampai on time dekat tempat kerja. 😣😬 Jadi bangun awal ya. DAN, jangan lupa floss. 40% bahagian gigi tak dapat dibersihkan dengan berus saja! 

2- GUNA STRAW
- Kopi yang diminum melepasi gigi dan terus ke tekak dan lidah ini mengurangkan masa tannin pada kopi dapat melekat pada permukaan gigi. 

3- MINUM AIR KOSONG
- Staining agent pada kopi dan makanan boleh berlegar legar dalam mulut pada lidah dan juga bahagian dalam pipi. Lama kelamaan ia boleh beralih dan mendap pada permukaan gigi. Kumur kumur selepas makan atau minum air kosong berselang seli dengan kopi dapat membantu.

4- TAMBAH SUSU PADA KOPI
- Americano atau latte? Both taste awesome tapi casein (protein dalam susu) dikatakan dapat bergabung dengan tannin dan mengelakkan dari melekat pada permukaan gigi.

5- MINUM DENGAN LAJU
- Ada kajian menunjukkan minum kopi dalam masa 5 minit berbanding 2 jam (minum sedikit demi sedikit) menambah peratusan gigi terkesan dengan stain. Nampak tak logic tu?

6- KUNYAH GULA GULA GETAH TANPA GULA
- Chewing gum membantu dalam membersihkan permukaan gigi dari kotoran dan juga menambah aliran air liur dalam mulut.

Pesanan penaja, kalau gigi memang dah kuning, atau stain dah embedded dalam sangat pada enamel gigi, the only way nak putihkan adalah dengan profesional bleaching/whitening.


Okay itu sahaja untuk harini. Be right back!

Comments

Popular Posts